Two faces bitch.stop pretend to be my friend.just walk away from here.
" A thousand times I cried because of you,
a million times these tears were shed because of love "

Thursday, January 5, 2012

Ozon makin nipis

Aku sekarang berada dekat Kampus Puncak Perdana, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Keadaan cuaca dekat sini amat amat laa membantu anda semua untuk menjemur pakaian pakaian yang dah berabad tak kering tu. Since pagi and until now 4.52 p.m. cuaca masih lagi sama. Terik yang teramat sangat. Minom Bubble sedap ni. rgh panas gila doh harini. Mood nak pergi class pun macam eskrem nak cair je 
* Ape motip eskrem pulak -.-'
Huhh tapi seriously ozon makin nipis. and dunia pulak semakin and makin bertambah makin dengan yakin nya menjadi lebih panas. Grrr Taktahan doh. macam mana laa neraka nanti. Hamboi khalifah :) Dunia semakin nak kiamat dah. taubat dik oiiiiiiiiiiii.
 Huhh terik gila. kalau letak kuali then letak telor dalam heh pastu jemur dekat bawah block banglo aku ni. Confidential masak punye laa. Haha 

Sikit informasi untuk anda


Apa itu lapisan ozon?
Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan; troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon terletak di lapisan stratosfera. Lapisan ozon adalah bahagian atmosfera bumi yang mengandungi jumlah ozon (O₃) yang banyak. Lapisan ozon penting dalam kehidupan manusia. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan menghalang menembusi ke permukaan bumi. 



Apa itu penipisan lapisan ozon?
Penipisan lapisan ozon dengan kata lain bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.
Kenapa lapisan ozon semakin berkurang?
Lapisan ozon dalam stratosfera musnah disebabkan dua faktor iaitu disebabkan aktiviti manusia dan juga sumber semula jadi.
Aktiviti manusia: Pembakaran terbuka, asap ekzos kapal terbang, asap dari perindustrian.
Sumber semula jadi: Letusan gunung berapi, gas metana dari ladang.

Ozon dimusnahkan oleh tindak balas dengan gas klorin, bromine, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Dua faktor di atas menyumbang kepada gas ini. Jadi, apabila gas ini dilepaskan ke atmosfera, semakin banyak ozon akan musnah.Contohnya, apabila gas klorin seperti kloroflorokarbon (CFCl₃) ada di lapisan ozon, ia akan menyerang molekul ozon (O₃) yang dibantu oleh sinaran ultra ungu (UV). Ini menyebabkan musnahnya lapisan ozon.


Apabila lapisan ozon menjadi nipis, lebih banyak radiasi UV boleh menembusi ke permukaan bumi. Peningkatan radiasi UV memberikan kesan kepada kita. Pertama, ia akan menyebabkan kematian fitoplankton dan zooplankton di lautan. Organisma ini adalah asas kepada rantaian makanan marin. Kemudian, penipisan ozon menyebabkan pemanasan global. Kenapa? Kerana pemanasan global berlaku apabila jumlah karbon dioksida (CO₂) dalam udara sangat tinggi. Fitoplakton boleh menggunakan CO₂ yang tenggelam dalam laut untuk menjalankan fotosintesis. Walaubagaimanapun, radiasi UV yang berlebihan menyebabkan berkurangnya populasi fitoplakton. Jadi, CO₂ akan menjadi semakin bertambah di dalam udara dan tidak digunakan. Selain itu, radiasi UV yang tinggi akan mengganggu bekalan nitrogen yang diperlukan oleh tumbuhan seperti padi di Malaysia. Radiasi UV memberi kesan kepada aktiviti penyerapan nitrogen oleh microorganisma. Tumbuhan akan menjadi lebih kecil dan pertumbuhan sangat lambat berbanding kebiasaannya. UV boleh merangsang pembentukan radikal yang reaktif dan kemudiannya membentuk bahan baru yang bahaya. Maka terbentuklah kabus tebal dan juga hujan asid. Akhir sekali, radiasi UV dalam jumlah yang kecil boleh dimangkinkan untuk menghasilkan vitamin D untuk kegunaan manusia. Tetapi, sebaliknya, jumlah UV yang banyak dan apabila bersentuhan dengan manusia akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser kulit, fotokeratitis, katarak dan menberi kesan terhadap sistem ketahanan manusia.




Cara-cara mengatasi penipisan lapisan ozon
1) Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket.
2) Menambahkan penanaman pokok.
3) Mengawal pembunangan sisa industri yang mengandungi bahan kimia dalam penipisan ozon dengan pengurusan sisa buangan yang lebih teratur.
4) Guna produk yang mesra alam dan mesra ozon dalam penggunaan penghawa dingin dan petrol.

Aku taktahu ape motip aku update pasal ozon dunia? Mungkin betol betol panas dah ni kan. Takpa laa. Untuk pengetahuan jugak :) Sama sama laa kita cegah. and jaga bumi kita. Chiao. Salam.